Sabtu, 31 Disember 2016

30 Disember 2016

masa :8.00 pagi-11.30pagi
Tempat: Ofis
Jentera : BB RC

Assalamualaikum dan salam selaman.

Pagi ni turun melaman di tempat biasa iaitu kt ofis. Laman belakang tiang gol padang RTM. Macam biasa persiap laman lebih kurang terus turunkan BB RC. Lama gak baru nak on. Bh x berapa nak galak pagi ni. Tunggu punya tunggu last mai gak sekoq. menguku lebih kurang terus lock....
Alhamdulillah dapat gak bh penutup tahun 2016. Tapau ke-5 untuk BB RC....






















Sabtu, 15 Oktober 2016

13 Oktober 2016
Jentera: BB Gohan & BB RC
Lokasi: cam biasa ofis ja.

Assalamualaikum dan salam selaman. petang ni lepas abis keja ja dalam jam 5.00 ptg terus gerak ke laman ofis kt sebelah padang bola. Try pacak bb rc.... dalam 10 minit baru nak on.....mai sekoq x pi bh betina la pulak..... tetiba ja mai sekoq bh entah dari mana hinggap ataih cable elektrik pas tu dok melawan suara ngan bb rc. lama jugak la pas tu bh tu terus terjun depan laman bb rc. menguku2 sampai x ingat pas tu game over. Alhamdulillah.... tapau ke 4 bagi BB RC. nin dia BH tu.




Ahad, 9 Oktober 2016

8 Oktober 2016

Masa: 8.00 pagi-12.00 tghari
Jentera : BB Gohan dan BB RC
Tempat : x lain x bukan ofis lagi

Assalamualaikum kawan2 dan salam selaman. Hari ni bawa bb untuk sesi repeat bh minggu lepas. Laman pertama bawa turun bb gohan..... membisu seribu kata asyik berjemur ja. Masuk bb gohan dalam cetok dan pi amik pulak bb rc bawa turun laman ke2. Buat laman lebih kurang pas tu bawa turun bb rc. dok patk tanah lepas tu terus on. Bh melambung sana-sini dan terdengarlah suara bh yang minggu lepas(suara macam burung pesum). Asyik menguku ja kat atas pokok betul2 atas bb rc. Bb rc tekan angguk terus bh tadi turun ke laman. angguk punya angguk kepala dia teleng pulak...... ooooo cega racik rupanya...... bh terus naik semula atas pokok.... pas tu mai la pulak anak muda ni.... garang sungguh terjun tepi racik terus menguku.....x padan dengan manik kt tengkuk x tumbuh penuh lagi.....terus lock..... jadi la tangkapan ke 3 untuk BB RC..... Alhamdulillah.... nin dia bh tu







Ahad, 2 Oktober 2016

1 Oktober 2016
Jentera : BB Gohan dan BB RC
Tempat : Ofis
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi

Assalamualaikum dan salam selaman. Pagi ni gerak solo ja pi melaman kat ofis. Cuaca pun ok terus bersih laman pertama di sebelah court tennis. Pasang racik lebih kurang terus pacak bb gohan. Lama gak baru start bunyi maklumlah dah lama x turun melaman sebab diserang kucing tempah hari. BB gohan ni terpaksa bertapa dulu kt atas sangkar layang. BH berbunyi sana sini. x pi x mau turun lawan bb. Ubah laman pulak. Try laman tepi padang bola pulak. Minggu lepas bawak BB gohan pacak kat sini turun bh selang x pi x kena racik. Setelah buat laman kasi turun BB RC. X lama lepas tu bb rc terus buat kerja dia. muka atak senyum. Tiba-tiba bh minggu lepas tu mai kat anggaq. x lama lepas tu mai pulak bh sora macam pesum masuk kawasan bh minggu lepas. apa lagi dok berlaga la lepa atas pokok. Lawan punya lawan last2 bh sora macam pesum tadi kalah terus terbang pergi. Apa lagi bb rc terus tekan rapat terus bh selang tadi junam tepi bb rc. menguku x ingat kaki dah kena racik dah. Alhamdulillah di atas pemberian rezeki dariNya. Nin dia BH tu.






Ahad, 4 September 2016

3 September 2016
Lokasi: Opis Ja
Jentera : bb RC dan bb Training (bb Pesum Sendiri dan Ajaq Sendiri)
masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari

Assalamualaikum dan salam selaman. Pagi ni gerak pegi melaman kat opis saja. Laman pertama bawa turun bb training untuk musim 2017. Lama gak baru nak bunyi. Masih lagi takut2 maklumlah first time bawa turun. X lama selepas tu mai BH sora kasaq dok anggaq betui2 depan bb training tu. Geram punya pasai terus terjun x pi x bergerak tiba2 bh betina buat lintas langsung dan langsung bh tu pi ligan betina tu..... ish2..... x lama lepas tu bh tadi mai balik. Mungkin x puas hati kot x dapat belasah bb training. Bunyi atas anggaq lebih kurang terus terjun. Lawan punya lawan akhirnya ke racik juga. Alhamdulillah setelah 2 minggu dok ligan bh ni dapat jugak kat saya. Nin dia bh tu.....




Ahad, 28 Ogos 2016

27 Ogos 2016
Jentera :BB RC
Lokasi: Opis lagi

Assalamualaikum...... salam selaman
Pagi ni kena mai keja kat opis pulak. Orang kata sambil menyelam sambil minum ayaq. Terus capai bb RC dan bb Gohan terus pi ofis. Lepas abih keja dalam jam 10.30 pagi terus pergi ke laman. pacak BB Gohan bh x mau turun tapi yang mai kucing hitam. kena cakaq sikit bb Gohan abih bulu berterabur. Apa lagi terus ambil bb Gohan celup dalam ayaq pas tu masukkan balik dalam cetok.

Ubah laman belakang stor simpan barang pulak. Siap laman terus pacak bb RC. dalam 15 minit jugak la terus terjun bh ni x pi x sempat nak pukui bb RC terus lock. Alhamdulillah. tapau ke 2 untuk bb RC. nin dia bh tu.



18 Ogos 2016
Jentera : BB RC (bb training)
Lokasi : Opis

Assalamualaikum.....

Petang lepas punch out ja terus bawa bb RC ke laman dekat ofis. Dengaq bh bunyi macam-macam suara ada. Kali ni try laman tepi court tennis lak. Bh dok lambung sana-sini. terus pacak bb RC. x dan sampai hangat punggung aih.. bh garang terus turun kat laman bb RC. apa lagi libas melibas la lepa x pi x lama terus bh sangkut racik. alhamdulillah baru kali kedua diturunkan dah bunuh bh. Tahniah bb RC. nin dia bh tu.


Sabtu, 23 Julai 2016

Tapau sekoq pada 23 Julai 2016

Tarikh: 23.7.2016
Masa: 8.15 pg - 11.30 pagi
BB : BB Gohan
Jentera : Qeta ALZA
Tempat : Opis Saya

Assalamualaikum.
Salam Selaman. Pagi ni gerak  solo mai opis lama x melaman. mai try laman baru tepi court tennis dalam opis saya. Sebelum ni besa dengaq Bh ni bunyi. Sora sedap secukup rasa. Lepas pacak racik terus bawak turun bb gohan. 15 minit baru bukak sora. Tunggu punya tunggu bh x mai pulak. pi mana x tau. x lama lepas tu Bh target mai turun x pi jauh dari bb gohan la pulak. Dia dok patuk tanah lama-lama di mai jugak kt bb gohan dok lawan menguku kena sepak sedaih sangkut racik. game over. Nin dia bh dia. x emsem mana pun. Alhamdulillah pemberian dariNya.





Sabtu, 16 April 2016

BB Gohan Tapau BH lepas baik dari sakit mata....

16 April 2016
Masa : 8.20 pagi - 12.00 Tghari
Jentera : Perodua ALZA...
BB GOHAN
Lokasi: Opis

Cuaca pagi ni agak mendung. Sampai ja opis terus set racik 2 kepala. Bawa turun BB  Gohan. Keluaq laju ja dari cetok. Maklumlah dah lama tak turun laman. Patuk2 tanah pas tu baru buat keja. Otai2 BH kat sini asyik tembak ja.Tiba2 terjun sekoq dok lawan pukui ngan BB Gohan. lepas penat pukui dia tembak naik balik anggaq dia. Saya pi ubah Laman tepi sikit.. pas tu dok lawan nguku ja ngan Gohan dari jauh. kot x tahan dengan suara BB Gohan ni dia terjun balik.....kali ni Gohan dah prepare apa yang patut.... sepak terus tarik kaki.... Alhamdulillah.....tapau.... ni gambaq dia....
Tangkapan yang ke 6 untuk BB Gohan....



Sabtu, 30 Januari 2016

Tarikh : 30/1/2016
Masa : 8.00 pagi - 11.45 pagi
Jentera : BB GOTEN (anak manja)

Assalamualaikum kawan-kawan pemikat sekalian. Minta maaf agak lama jugak
tidak update Blog saya ini kerana dok usung BB Geten ni hari-hari dekat dua minggu lebih.
Macam-macam karenah dia ni. Maklumlah bela dari anak suap. Manja la sikit. Pada tanggal 30/1/2016 bermulalah detik yang mengembirakan hati saya. Bukan apa setelah penat dok
usung dia ke sana-ke sini akhirnya membuahkan hasil. Tangkapan BH pertama bagi Goten.
BH biasa-biasa saja jadilah dapat jugak lesen bagi Goten tahun 2016 ni. Alhamdulillah di atas pemberianNya.
Disertakan Gambar  Goten dan BH yang berjaya ditangkap.


(Inilah BB Goten )

Pandangan atas


Pandangan dari kiri 

Pandangan hadapan 

Sabtu, 9 Januari 2016

Tarikh : 9 Januari 2016
Tempat : Kawasan tempat kerja
Jam: 8.00 pg - 12.30 tghari
Jentera : BB Gohan


Assalamualaikum kawan-kawan sealiran semua. Disini saya nak update sikit tangkapan
BB Gohan bagi tahun 2016 ni. Alhamdulillah dapat jugak renew lesen bagi tahun ni.