Sabtu, 24 Oktober 2015

Assalamualaikum.... kepada kawan2 sealiran semua.
Saya nak update tangkapan BB Gohan pada hari Jumaat lepas iaitu pada 23 Oktober 2015.
Kat Alor Setar Kedah ni masih lagi diselubungi jerubu. Saya gerak pagi dalam jam 7.30 pagi
menuju ke laman tempat keja ja. Jam 8.10 pagi terus pacak BB Gohan kat laman lama (tangkapan BH yang kedua tempoh hari). Lepas pacak BB terus menyorok tempat biasa. BB dok patuk tanah ja. Sejuk kot sebab semalam hujan. Target BH selang banyak. Lama gak BB Gohan nak on. Lepas on ja terus disambut BH berdekatan tapi bukan BH selang banyak. tension. X apalah Gohan janji tapau. Lepas BB Gohan dok melayan suara BH tadi tiba-tiba jengoi BH lain. Asak punyak asak last2 terjun jugak di laman BB Gohan. Apa lagi BB Gohan lawan menguku la ngan BH tu. X dan BH nak dekat tersangkut sudah racik. Kena satu jari kiri dan satu jari kanan. Alhamdulillah terus keluaq dari tempat menyorok pi ambik BH tu. BH kopi O ja.
Sekian. Tangkapan ke 3 BB Gohan........


















Pandangan hadapan. Hensem x?

















Pandangan bahagian atas

















Pandangan kanan

















pandangan kiri

Rabu, 14 Oktober 2015

Update BB baru naik sangkaq layang

Assalamualaikum.....

Hari ni x dak catatan laporan memikat. Bh x garang. Mungkin dah penghujung musim. Cuma nak update BB yang baru naik sangkar layang ja.

BB pertama x dak nama lagi. Tunggu dia membunuh Bh dulu baru bagi nama kat dia.
Ini la BB baru harapan saya untuk musim akan datang. Minta-minta la meletop lepas ni. Cuma nak minta kawan2 bagi pencerahan tentang BB baru ni. Boleh kot.....































Ini BB saya yang kedua tangkapan dari BB Gohan pada 4 September 2015 lalu. Tanya kawan2 dia kata boleh dah tambat BB ni. Tu yang saya tambah tu. Bukan apa boleh buat pelapis untuk musim depan. Tu pun kalau jadi. BB ni pun kalau boleh kawan2 cuba bagi pencerahan tengok. Boleh kot...
































Sabtu, 10 Oktober 2015

BB Terkukur : Gohan (tangkapan ke dua)
Lokasi           : Padang RTM
Tarikh           : 9 Oktober 2015
Masa             : 7.30 pg sampai 10.45 pg
Geng memikat : Solo saja
Tapau            : Sekoq terkukur kopi O saja

Assalamualaikum......

Terima kasih kepada kawan-kawan semua yang sudi menjenguk blog saya yang x seberapa ini.
Hari Jumaat pagi gatai tangan nak melaman. Jadi bawa la BB Terkukur Gohan ni mai kat
pejabat. Jerubu masih dok ada lagi. Sampai kat bawah pejabat dok bang dengaq sora BH. x dak yang
berkenan. Maklumlah masih mentah lagi dalam mengenal suara BH. Dalam 5 minit ada dengaq BH sora Kasaq siap ada selang lagi sora dia. Cam anggaq dia pas tu pacak la si Gohan ni. Dok patuk tanah la pulak. 10 minit lepas tu baru dia stat bunyi. Bh tadi bila dengaq saja ada sora lain mai kawasan dia terus terjun jauh la pulak dari laman gohan tadi. BH tadi dok bunyi kot jauh ja. Bila nak hampiaq ni. Tiba-tiba dengaq bunyi BH guk 2 la pulak dok kat pokok sebelah anggaq BH sora kasaq tadi. X tahan kot dok dengaq gohan dok menguku....pufffff dia turun betoi2 tepi laman gohan. Adegan menguku pun bermula. X dan BH nak sepak gohan dah tarik kaki. Alhamdulillah....... rezeki pagi jumaat. BH x hensem sebab masa nak pi ambik dia terjun dalam longkang la pulak.
nin dia rupa BH tu.



  









pandangan kiri













pandangan kanan













pandangan atas

Isnin, 21 September 2015

21 September 2015
As salam kepada kawan-kawan yang sudi menjengok blog saya yang tak seberapa ini.
Di sini saya nak update satu - satunya BB Terkukur yang saya ada ni. Saya pesum
sendiri BB terkukur ni.
Bapak dia baka terkukur UUM guk 2
Betina guk 2 (ladung mari)

BB terkukur ni lapis yang ke lima. Guk 1. Dengan rendah diri saya nak minta
kawan-kawan tolong tengokkan BB terkukur saya ni dan minta bagi pencerahan
dan pendapat kawan-kawan sekalian.
sekian terima kasih.

















Sabtu, 5 September 2015

 Khamis 6 Ogos 2015

Sesi mengajar BB Merbok.
As salam kepada kawan-kawan yang sudi melawat blog saya yang x seberapa ini.
Petang Khamis selepas balik dari kerja gatai tangan jolok sat merbok kt tepi rumah
emak saya. Tujuannya hanyalah untuk mengajar BB merbok saya yang baru diasingkan
ke dalam sangkar bulat. Ambil masa agak lama juga untuk start bunyi. Bila dah start
bunyi tu mai lah BH merbok sahut cabaran. Lawan punya lawan last-last terjun jugak
kt jebak. Alhamdulillah......dapat jugak lesen bagi BB merbok saya ni.










Jumaat 4 September 2015

Mengajar BB Terkukur pesum sendiri.

As salam kepada kengkawan semua. Pagi ni saya bawa BB merbok saya dan BB terkukur
untuk sesi mengajar kt kawasan tempat kerja saya. Sampai kt ofis pun dah pukul 8.30 pg.
Terus penaik BB Merbok kt tiang lampu lepas tu pacak BB terkukur bawah. Lama gak nak
on. Bila dah on terus disahut BH yang ada berdekatan. Dengar bunyi riuh sungguh. Dalam
15 minit dengar sora yang saya suka. tekan punya tekan BB terkukur saya turun lah betina
lepas tu yang BH garang tadi pun terjun jugak. start la menguku. last-last tersangkut jugak racik.
Alhamdulillah. Dapat jugak lesen BB terkukur pesum sendiri saya ni.(pinjam sat kata-kata otai
Terkukur Sang Semut.). Jangan marah otai.......