Isnin, 21 September 2015

21 September 2015
As salam kepada kawan-kawan yang sudi menjengok blog saya yang tak seberapa ini.
Di sini saya nak update satu - satunya BB Terkukur yang saya ada ni. Saya pesum
sendiri BB terkukur ni.
Bapak dia baka terkukur UUM guk 2
Betina guk 2 (ladung mari)

BB terkukur ni lapis yang ke lima. Guk 1. Dengan rendah diri saya nak minta
kawan-kawan tolong tengokkan BB terkukur saya ni dan minta bagi pencerahan
dan pendapat kawan-kawan sekalian.
sekian terima kasih.

















Sabtu, 5 September 2015

 Khamis 6 Ogos 2015

Sesi mengajar BB Merbok.
As salam kepada kawan-kawan yang sudi melawat blog saya yang x seberapa ini.
Petang Khamis selepas balik dari kerja gatai tangan jolok sat merbok kt tepi rumah
emak saya. Tujuannya hanyalah untuk mengajar BB merbok saya yang baru diasingkan
ke dalam sangkar bulat. Ambil masa agak lama juga untuk start bunyi. Bila dah start
bunyi tu mai lah BH merbok sahut cabaran. Lawan punya lawan last-last terjun jugak
kt jebak. Alhamdulillah......dapat jugak lesen bagi BB merbok saya ni.










Jumaat 4 September 2015

Mengajar BB Terkukur pesum sendiri.

As salam kepada kengkawan semua. Pagi ni saya bawa BB merbok saya dan BB terkukur
untuk sesi mengajar kt kawasan tempat kerja saya. Sampai kt ofis pun dah pukul 8.30 pg.
Terus penaik BB Merbok kt tiang lampu lepas tu pacak BB terkukur bawah. Lama gak nak
on. Bila dah on terus disahut BH yang ada berdekatan. Dengar bunyi riuh sungguh. Dalam
15 minit dengar sora yang saya suka. tekan punya tekan BB terkukur saya turun lah betina
lepas tu yang BH garang tadi pun terjun jugak. start la menguku. last-last tersangkut jugak racik.
Alhamdulillah. Dapat jugak lesen BB terkukur pesum sendiri saya ni.(pinjam sat kata-kata otai
Terkukur Sang Semut.). Jangan marah otai.......